KELAYAKAN OLIMPIK


Skuad Olimpik Malaysia di undi dalam kumpulan C bersama-sama denagn JepunSyria dan Bahrain. Majlis undian telah berlangsung di Rumah AFC Bukit Jalil tengah hari tadi. Berikut adalah keputusan penuh undian serta tarikh perlawanan
 
KUMPULAN A
KOREA SELATAN - QATAR - ARAB SAUDI - OMAN

KUMPULAN B
AUTRALIA - IRAQ - UZBEKISTAN - UAE

kUMPULAN C
JAPAN - BAHRAIN - SYRIA - MALAYSIA

Perlawanan Pertama
21 September 2011
Japan vs MALAYSIA

Perlawanan Kedua
23 September 2011  
MALAYSIA vs Syria

Perlawanan Ketiga
27 November 2011
MALAYSIA vs Bahrain

Perlawanan Keempat
5 February 2012
Bahrain vs MALAYSIA

Perlawanan Kelima
22 February 2012
MALAYSIA vs Japan

Perlawanan Keenam
14 March 2012
Syria vs MALAYSIA




TAK PERLU TAKUT KEKUATAN LAWAN



Walaupun di undi satu kumpulan dengan Gergasi Asia Jepun serta 2 pasukan Negara Teluk Syria dan Bahrain, Skuad Olimpik Negara tidak perlu gentar sebaliknya perjuangan perlu di teruskan tanpa melihat siapa mereka agar dapat melakukan satu kejutan.
Jurulatih Olimpik Negara Ong kim Swee menegaskan tidak perlu terlalu memikirkan kepada kekuatan lawan tetapi tumpu kepada persediaan bagi meningkatkan keyakinan serta komitmen pemain. Katanya `Pasukan saya tak banyak beza sama ada berada dalam kumpulan A, B atau C, semuanya kumpulan maut yang penting bagaimana nak mempersiapkan pasukan bagi menghadapi lawan`. Beliau akan membuat analisis secara terperinci bagi meneliti latar belakang setiap pasukan dalam kumpulan C ini bagi mengertahui sejauh mana kekuatan serta kelemahan mereka. 

Skuad Olimpik akan menjalani latihan selama sebulan diSlovakia bermula 23 Julai ini. Kembalinya dari Slovakia anak buah Ong Kim Swee akan terbang pula ke Korea selatan untuk latihan selama 10 hari serta mengadakanperlawanan dengan Skuad Olimpik Korea Selatan sebelum pertemuan pertama kelayakan Olimpik dengan Jepun di tempat lawan.